Wednesday 9 May 2012

Jangan Silap Mengguna Nikmat Kurnia

Sesungguhnya mulut tidaklah Jahat
Cuma Hati yang Kurang Sihat
Bila Melekat Jadi Tabiat
Tidak terfikir bersyukur Nikmat


Apabila Lidah Sudah Bicara
Jangan Sampai mengundang sengsara
Fikirkan seketika isi dan cara
Kata terlepas Buruk padahnya


Cahaya Akal Nikmat Kurniaan
Cahaya Ilmu Buat pedoman
Biar seimbang baju dan badan
Selesa Adanya Yakin Berjalan


Keikhlasan menghapus segala keraguan
Jauhlah Jiwa Dari Kezulmatan
Jasa dan Budi tak perlu ungkitan
Bukannya Tuhan tidak perasan


Sehingga Hati Laksana Pahlawan
Nafsu yang keji dan kotor ditawan
Kerana Faham tugas Insan
Menuntut Ilmu suatu kewajipan.


Kunjungan Nikmat Kurnia Syurga
Agar terpelihara 7 anggota
Bukannya Tuhan Beri percuma
Di dalam diri tersimpan rahsianya.





1 comment: