Thursday 9 August 2012

Wisdom Handling

       To get into a situation in which way you can afford or to get rid of the problem and risks by managing your mind carefully...Just think about this "SOME ROADS MAYBE ICY AND MOTORIST ARE ADVISED TO DRIVE WITH CAUTION.

        The way of people thinkings are variables.We needs to changing according to every circumstances,plans,ideas or methodes. The most important  thing is BE PATIENCE..!!Just wait untill the right times and right ways.The secrets sooner will be revealed gradually.
         Be Confidence and deeply high expectation.Just relax and do something that makes sense of it.Little by little hence step by step continuously.

         Realized that one can't do anything  due to God's FATE and RULES whereas against HIM whether you like it or not.Whereby you must try to believe that HE helps by giving such a wonderful victory to people who can carry out the word PATIENCE through out their everyday life time.

        Feel calm and comfortable helps to forget about the problem seriously.Be Optimistic and do not upset or prejudice in everyhing which had had happened.For instance,every illness recovery with the proper treatment or right medicine which made for it.Nothing is more than that.It's variables in changing but avoid from thinking about weaknessess or your badly previous mistaken.
         Trust and respect yourself doesn't matter whoever you are and whatever you did. At a glance through,it's will booster you up of the world results which is out of the mind.


Friday 27 July 2012

Seberkas Cahaya Ketenangan itu dalam selimut Insyirah membaluti tubuh insan-insan yang telah mengenal apa erti cahaya yang redup dan terang itu.Lingkarannya sering membawa insan yang telah suci itu terbang ke gerbang pencipta segala cahaya dengan sayap-sayap ketenangan.
       
       Sebenarnya cahaya yang membaluti tubuh insan itu merupakan suatu kurnia karsa atau Anugerah Dari Allah Taala kepada hamba-hambaNya yang tidak pernah putus mendekatkan diri kepadaNya.Allah Taala sendiri yang menghidangkan kepada mereka Rahmat,Taufiq dan Hidayah kepada mereka yang tidak pernah jemu memujinya saat dalam kebersendirian atau ditengah-tengah keriuhan.Sentiada berdetap jantung mereka seiring denyut nadi memuji dan mengagungkan Allah Taala dengan zikir ataupun dalam renungan yang dapat menghampirkan mereka kepada kesedaran terhadap keagungan dan kekuasaan Allah Taala.
       Melalui kiriman cahaya mirsada itulah mereka merasai kelazatan dan kenikmatan berhubung langsung dengan Allah Taala tanpa ada satupun perantaraan.Dari ketenangan itulah dapat dirasakan resapan atau kehampiran dengan Allah yang sangat ajaib dan nyaman sehingga diri ini kembali semula kepangkuanNya.

         Bertuahnya jika diri kita ditakdirkan dapat tersenarai sebaris dengan golongan kekasih-kekasih Allah ini,yang sangat redup pandangan mata mereka terkandung kasih sayang terhadap apa saja sesiapa saja yang ditatapinya.Mereka inilah yang sangat takut dengan Kalimah-kalimah Kebenaran dari Tuhan mereka.Yang sangat Yakin dan tidak goyah dilambung gelombang-gelombang ujian kerana tahu semuanya itu adalah dari Yang Maha Pengasih untuk mereka.

          Sehingga memberkas segala perasaan dan persangkaan yang tidak enak,cemas atau takut kerana jiwa mereka telahpun TERBEBAS dari tekanan dan kekacauan buat menghuruharakan jiwa mereka.Malah melalui doa mereka juga dapat memadamkan segala api yang menakuti dunia bahkan api di akhirat juga turut bisa terpadam lantaran kasihnya Allah kepada mereka.Mohon agar kita dapat tergolong didalam daftar golongan orang-orang yang diredhai Allah.Amin.


Friday 22 June 2012

cerita lama pun tetap sakit.mengapa perlu disimpan kalau sudah mengaku ada yang baru...Buktikan sayangmu padaku...Tanda kau BENAR pada HATI.Jangan Cakap Saja sayang oi,,Buktinya...???NIL....x best..
AKU KOSONGKAN HATI INI HANYA UNTUK MU...DAN AKU AMAT YAKIN DENGAN KEJUJURANKU TERHADAPMU...NAMUN KAU TETAP MEMPERMAINKAN...TIDAK SEPENUHNYA TERHADAPKU...TERLALU SAKIT LUKA HATIKU INI.
aku amat amat amat sedih,terluka dan keciwa yang tidak mungkin sembuh.bila aku tahu di dalam hatinya masih ada kekasih lama.sedangkan dia juga mengakui cintanya terhadap ku.mana satu yg mesti aku percaya.perkataan yang ditulisnya tentang perasaannya terhadap kekasih lamanya atau pengakuan cinta dan sayangnya didepan mata dan telinga aku yang  masih baik pendengarannya.aku bingung macam ni.mengapa aku rasa dipermain-mainkan,diperbudak-budakkan,
aku tidak pasti apa aku jadi selepas ini...tapi yang pasti aku tidak akan cuba melarikan diri darinya kerana terlalu menyayanginya...biarpun sakit dan terhiris-hiris hati ku kerana dia,aku tidak mampu menentang ujian Tuhan terhadapku yang terlalu SAKIT.Terlalu SEDIH,terlalu PAHIT..Aku hanya berdoa dan berusaha semoga Kesabaran sentiasa melindungi aku.Walaupun dia tahu dia sedang merperbudak-budakkan aku,aku juga sedar semua itu.TERPULANGLAH kpd dia bagaimana untuk menghargai sebagaimana aku menghargai dan menjagainya.Dia tahu aku tidak pernah membiarkan kan tidurnya dalam kelaparan walaupun aku dalam kesakitan yang amat sangat,aku sembunyikan biar saja dia tidak tahu tidak mengapa.Janji tetap janji aku lunaskan.,dia juga tahu dimana untuk meletakkan pakaiannya yg tlh dipakai disetiap hujung minggu.tetapi dia BELUM PERNAH TAHU kesedihan dan kesakitan aku yang sebenar-benar,biarpun dia sentiasa didepan mata,sentiasa bersama.Mungkin aku perlu SEDARKAN DIRI AKU INI SIAPA DIHATImu.Tak mengapa sayang,..andai itulah maksudmu, dihatimu.....Biarlah Aku Jauhkan Diri ini moga Kau bahagia dengan apa yang kau tunggu selama ini.Terimakasih kerana Pernah sudi menyayangiku...dan tidak pernah menolak apa yang aku hidangkan kpdmu setiap kali makan malam kita...walaupun tidak seberapa.Aku amat menghargainya.Apa yang pernah aku beri aku tidak minta kembali.Doakan semoga aku tabah menghadapi penderitaan yang terlahir dari SEBUAH HATI YANG TELAH KAU KECEWAKAN, KAU HANCURKAN SELUMAT-LUMATNYA.TERIMAKASIH SAYANG.

Monday 11 June 2012

Kita wajib membuktikan kepada diri sendiri terubatnya penyakit-penyakit jiwa atau najis-najis dalam diri(sifat-sifat tercela,hina,kotor dan keji) yang masih bersarang di dinding kalbu.Kita perlu memberikan contoh dan teladan kepada diri sendiri terlebih dahulu melalui amalan dan perbuatan sehari-hari sebagai membuktikan kita benar-benar jujur kepada diri sendiri.Tanda kita menyayangi dan memuliakan diri sendiri.Tanda kita insan yang berintegriti.dan berakauntabiliti terhadap kewujudan diri sendiri.Tanda kita berakal murni.Insan termulia di muka bumi Ilahi.Pandanglah terhadap diri kita sendiri.

Saturday 12 May 2012

Pertarungan Batin

Pertarungan Batin 
Amat Dasyat Gempanya
Antara Kekeliruan dan Nipisnya
Tali Kendalian Diri
Bergetar Perasaan Pada Yang Kusingkap
Setiap Garis Ditapak Tangan 


Semata-mata Lintasan Perasaan
Dari Persangkaan
Bukanlah Suatu Dosa
Tapi Bakal Petualang dan Noda
Patutkah Aku Biarkan ia
Buas Bersandar Di dinding Jiwa ?


Tinggal Hanya 
Satu Detik Perhitungan Diri
Hanya DIA & Aku Yang Mengerti
Bisikan Rahsia Hati


Menderita, Terkorban dan Terusir
Sesak  Di Daerah Keterasingan Raga
Sesaat Tidak Pernah Kendur Perasaan
Antara Sarat & Sulit Bergilir
Memamah Lebur Jiwa 
Ada Suatu Kelupaan
Yang Mesti Dipersalahkan
Aku Tergelincir
 Di tebing Yang Landai


Bekas-bekas Berparut Ini
Sentiasa Menggegarkan 
Kolam Air Mata 
Berharap Penuh Cemas
Dan Percaya
Mencari Kelepasan Jiwa
Harus Ku temui


Pastikan Aku Ketemu Jawabnya
Tenang Bersahaja Berdiri 
Di bawah Lingkaran 
Suatu Titik
Di situlah Nadi Kelangsungan
Seluruh Hidup & Kehidupan Ini


Di Setiap Hening Malam Berwarna Unggu
Aku Menunggu DIA Datang
Bersama Selingkar Cahaya Redup Mirsada
Langsung Menembus Jiwa
Terhapus Aku.....

Wednesday 9 May 2012

Jangan Silap Mengguna Nikmat Kurnia

Sesungguhnya mulut tidaklah Jahat
Cuma Hati yang Kurang Sihat
Bila Melekat Jadi Tabiat
Tidak terfikir bersyukur Nikmat


Apabila Lidah Sudah Bicara
Jangan Sampai mengundang sengsara
Fikirkan seketika isi dan cara
Kata terlepas Buruk padahnya


Cahaya Akal Nikmat Kurniaan
Cahaya Ilmu Buat pedoman
Biar seimbang baju dan badan
Selesa Adanya Yakin Berjalan


Keikhlasan menghapus segala keraguan
Jauhlah Jiwa Dari Kezulmatan
Jasa dan Budi tak perlu ungkitan
Bukannya Tuhan tidak perasan


Sehingga Hati Laksana Pahlawan
Nafsu yang keji dan kotor ditawan
Kerana Faham tugas Insan
Menuntut Ilmu suatu kewajipan.


Kunjungan Nikmat Kurnia Syurga
Agar terpelihara 7 anggota
Bukannya Tuhan Beri percuma
Di dalam diri tersimpan rahsianya.





Tuesday 8 May 2012

diri umpama lukisan

Diriku Umpama Sebuah Lukisan Yang Berjalan

        Aku melakar sendiri canvas kehidupan,aku corakkan sendiri sudut-sudut halaman hidup,aku hapuskan apa yang menyerabutkan pandangan mataku,aku tambahi sendiri petak dan batas sempadan yang aku fikirkan perlu,aku tambah dan aku padam.aku selitkan garis dan bayang,terang dan gelap sudut cahaya canvas kehidupanku,aku warnai sendiri dengan warna2 kegemaranku...dan aku nikmati sendiri Lukisan Kehidupanku dengan kemampuanku sendiri dalam keterbatasan diriku sendiri.Kerana alam ini untuk aku nikmati dengan hati dan akal berpaksikan hamparan ilmu....Begitula aku dalam mencari kebenaran terselindung disebalik Tirai Lakonan Alam ini. ( catatan 7may 2012)

Thursday 3 May 2012

Utk diri sendiri,sangat penting memerhatikan idea2 @ buah fikiran @ niat 2 Lintasan maupun cetusan yg berlegar di benak agar tidak merosakkan hati kerananya,agar tidak menjadi petualang dan noda,agar tidak berupa titik hitam menjadi benih yg mencambahkan karat2 dosa.Sekalipun tidak sampai berubah terjemahannya kpd perkataan @ tindakan namun FIKIRAN& apa yg terkandung di dlmnya itulah merupakan 1 TITIK perrmulaan yg menjana seluruh rancangan batin..sebelum digerakkan 7 pancaindera.Menjadi kuasa yg sangat BESAR dan BERKUASA.,

Justeru yg mesti sanggup diri sendiri memperhatikan ialah KESAN @ hasil akibat KUASA tersebut.Hanya terdapat 2 unsur shj di alam kosmos ini iaitu persoalan tentang adakah ianya  menimbulkan keadaan yang :

i.  Rumit/sulit/getir/kacau/bencana/kemusnahan/penderitaan/penyesalan./runtuh/kehancuran.dll
ii. Bahagia/ketenangan/damai/aman/menafaat/untung/makur/maju/cemerlang/kejayaan/kebajikan.

..............tinggal hanya 1 kesan terbit dr 1 pilihan  dlm 1 perkiraan fikiran (akal)& pentingnya 1 ilmu buat pertimbangan di atas 1 neraca Mizan di dunia nyata buat 1 diri yg berseorangan menempuhi gelombang lambungan ombak percubaan .

Apa yg diri ini alami hari ini adalah 1 kenyataan dan penyesalan yg bukan mudah utk dihapus...melainkan dia memaafkan kesilapan aku..kerana aku silap dalam membuat percaturan yg melukakan hatinya...sedangkan aku teramat kasih pada sifat kesetiaan dan pembelaannya terhadapku..dia lah jg mempertahankan aku di saat aku hampir lumpuh diserang tohmahan dan makian..kerana dia percaya pada penyaksiannya.

Aku lukai perasaan dia walaupun hanya dia yg aku percaya dan dia juga tidak meragui ku.  tapi aku khianati dengan kekasaran jua kemarahan yg aku sdhpun tahu pengakhirannya namun aku sakiti dia jg...RUMIT namun aku harap dapat kembali melihat sinaran dr dlm " Matanya Yang Teramat Indah" pantas menembus pandangan mataku..Terlebih dahulu,AKU YG MESTI BERUBAH.