Pertarungan Batin
Amat Dasyat Gempanya
Antara Kekeliruan dan Nipisnya
Tali Kendalian Diri
Bergetar Perasaan Pada Yang Kusingkap
Setiap Garis Ditapak Tangan
Semata-mata Lintasan Perasaan
Dari Persangkaan
Bukanlah Suatu Dosa
Tapi Bakal Petualang dan Noda
Patutkah Aku Biarkan ia
Buas Bersandar Di dinding Jiwa ?
Tinggal Hanya
Satu Detik Perhitungan Diri
Hanya DIA & Aku Yang Mengerti
Bisikan Rahsia Hati
Menderita, Terkorban dan Terusir
Sesak Di Daerah Keterasingan Raga
Sesaat Tidak Pernah Kendur Perasaan
Antara Sarat & Sulit Bergilir
Memamah Lebur Jiwa
Ada Suatu Kelupaan
Yang Mesti Dipersalahkan
Aku Tergelincir
Di tebing Yang Landai
Bekas-bekas Berparut Ini
Sentiasa Menggegarkan
Kolam Air Mata
Berharap Penuh Cemas
Dan Percaya
Mencari Kelepasan Jiwa
Harus Ku temui
Pastikan Aku Ketemu Jawabnya
Tenang Bersahaja Berdiri
Di bawah Lingkaran
Suatu Titik
Di situlah Nadi Kelangsungan
Seluruh Hidup & Kehidupan Ini
Di Setiap Hening Malam Berwarna Unggu
Aku Menunggu DIA Datang
Bersama Selingkar Cahaya Redup Mirsada
Langsung Menembus Jiwa
Terhapus Aku.....
Saturday, 12 May 2012
Wednesday, 9 May 2012
Jangan Silap Mengguna Nikmat Kurnia
Sesungguhnya mulut tidaklah Jahat
Cuma Hati yang Kurang Sihat
Bila Melekat Jadi Tabiat
Tidak terfikir bersyukur Nikmat
Apabila Lidah Sudah Bicara
Jangan Sampai mengundang sengsara
Fikirkan seketika isi dan cara
Kata terlepas Buruk padahnya
Cahaya Akal Nikmat Kurniaan
Cahaya Ilmu Buat pedoman
Biar seimbang baju dan badan
Selesa Adanya Yakin Berjalan
Keikhlasan menghapus segala keraguan
Jauhlah Jiwa Dari Kezulmatan
Jasa dan Budi tak perlu ungkitan
Bukannya Tuhan tidak perasan
Sehingga Hati Laksana Pahlawan
Nafsu yang keji dan kotor ditawan
Kerana Faham tugas Insan
Menuntut Ilmu suatu kewajipan.
Kunjungan Nikmat Kurnia Syurga
Agar terpelihara 7 anggota
Bukannya Tuhan Beri percuma
Di dalam diri tersimpan rahsianya.
Cuma Hati yang Kurang Sihat
Bila Melekat Jadi Tabiat
Tidak terfikir bersyukur Nikmat
Apabila Lidah Sudah Bicara
Jangan Sampai mengundang sengsara
Fikirkan seketika isi dan cara
Kata terlepas Buruk padahnya
Cahaya Akal Nikmat Kurniaan
Cahaya Ilmu Buat pedoman
Biar seimbang baju dan badan
Selesa Adanya Yakin Berjalan
Keikhlasan menghapus segala keraguan
Jauhlah Jiwa Dari Kezulmatan
Jasa dan Budi tak perlu ungkitan
Bukannya Tuhan tidak perasan
Sehingga Hati Laksana Pahlawan
Nafsu yang keji dan kotor ditawan
Kerana Faham tugas Insan
Menuntut Ilmu suatu kewajipan.
Kunjungan Nikmat Kurnia Syurga
Agar terpelihara 7 anggota
Bukannya Tuhan Beri percuma
Di dalam diri tersimpan rahsianya.
Tuesday, 8 May 2012
diri umpama lukisan
Diriku Umpama Sebuah Lukisan Yang Berjalan
Aku melakar sendiri canvas kehidupan,aku corakkan sendiri sudut-sudut halaman hidup,aku hapuskan apa yang menyerabutkan pandangan mataku,aku tambahi sendiri petak dan batas sempadan yang aku fikirkan perlu,aku tambah dan aku padam.aku selitkan garis dan bayang,terang dan gelap sudut cahaya canvas kehidupanku,aku warnai sendiri dengan warna2 kegemaranku...dan aku nikmati sendiri Lukisan Kehidupanku dengan kemampuanku sendiri dalam keterbatasan diriku sendiri.Kerana alam ini untuk aku nikmati dengan hati dan akal berpaksikan hamparan ilmu....Begitula aku dalam mencari kebenaran terselindung disebalik Tirai Lakonan Alam ini. ( catatan 7may 2012)
Thursday, 3 May 2012
Utk diri sendiri,sangat penting memerhatikan idea2 @ buah fikiran @ niat 2 Lintasan maupun cetusan yg berlegar di benak agar tidak merosakkan hati kerananya,agar tidak menjadi petualang dan noda,agar tidak berupa titik hitam menjadi benih yg mencambahkan karat2 dosa.Sekalipun tidak sampai berubah terjemahannya kpd perkataan @ tindakan namun FIKIRAN& apa yg terkandung di dlmnya itulah merupakan 1 TITIK perrmulaan yg menjana seluruh rancangan batin..sebelum digerakkan 7 pancaindera.Menjadi kuasa yg sangat BESAR dan BERKUASA.,
Justeru yg mesti sanggup diri sendiri memperhatikan ialah KESAN @ hasil akibat KUASA tersebut.Hanya terdapat 2 unsur shj di alam kosmos ini iaitu persoalan tentang adakah ianya menimbulkan keadaan yang :
i. Rumit/sulit/getir/kacau/bencana/kemusnahan/penderitaan/penyesalan./runtuh/kehancuran.dll
ii. Bahagia/ketenangan/damai/aman/menafaat/untung/makur/maju/cemerlang/kejayaan/kebajikan.
..............tinggal hanya 1 kesan terbit dr 1 pilihan dlm 1 perkiraan fikiran (akal)& pentingnya 1 ilmu buat pertimbangan di atas 1 neraca Mizan di dunia nyata buat 1 diri yg berseorangan menempuhi gelombang lambungan ombak percubaan .
Apa yg diri ini alami hari ini adalah 1 kenyataan dan penyesalan yg bukan mudah utk dihapus...melainkan dia memaafkan kesilapan aku..kerana aku silap dalam membuat percaturan yg melukakan hatinya...sedangkan aku teramat kasih pada sifat kesetiaan dan pembelaannya terhadapku..dia lah jg mempertahankan aku di saat aku hampir lumpuh diserang tohmahan dan makian..kerana dia percaya pada penyaksiannya.
Aku lukai perasaan dia walaupun hanya dia yg aku percaya dan dia juga tidak meragui ku. tapi aku khianati dengan kekasaran jua kemarahan yg aku sdhpun tahu pengakhirannya namun aku sakiti dia jg...RUMIT namun aku harap dapat kembali melihat sinaran dr dlm " Matanya Yang Teramat Indah" pantas menembus pandangan mataku..Terlebih dahulu,AKU YG MESTI BERUBAH.
Location:
Malaysia
Subscribe to:
Posts (Atom)